-
May19th
INI NAMANYE POWER !!!
Posted in: Sembang Kosong
-
April6th
Perak vs Kuala Lumpur
Posted in: Perlawanan
-
March31st
Ahmad Khir Bin Ladin ..
Beliau di lahirkan pada 24 October 1964 dan beliau tidak cukup sifat dengan erti kata lain beliau adalah OKU…beliau mampu melakukan semua pekerjaan tetapi tidak mampu bertutur seperti insan biasa dan hamper menyamai mereka2 yang mempunyai down syndrome namun nasib beliau agak baik kerana mampu berfikir seperti insan biasa…sejak dari muda lagi beliau pandai mencari rezeki sendiri dengan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat di gunung rapat.
Namun bukan aku ceritakan ini untuk membuat cerita sedih, tp cerita ini adalah aku dedikasi kan kepada beliau kerana beliau adalah insan yang membuatkan aku kenal/cinta/sayang/taksub pada bola sepak perak. Beliau lah Ahmad Khir Bin Ladin @ Ayah Chik..Sejak dari kecil aku mmg dibela oleh arwah opah dan arwah atuk bersama beliau. Beliau mmg taksub pada bola sepak perak..setiap perlawanan beliau mesti datang..berbekalkan motor roda tiga beliau,pada hari perlawanan beliau mesti keluar awal dari rumah…mcm kita2 jugak sekarang…hari game mesti xleh nk tumpu pada kerja…ofis rase hangat je bile ade game kt stadium..mase aku belom mampu nk g sendiri ke stadium, aku mesti g gn die..tumpang die..xkre la aku naik moto roda 3 pon..janji aku sampai stadium… tiket???heh heh heh…mcm kome ta biase beratur belakang brader2…
Setiap awal season die mesti cari “full season” punya jadual and akan update setiap game punya result..dulu2 bkn mcm skrg…ade internet..oh ya beliau pon bkn tahu guna internet..so skrg,aku la yang printkn untuk die or kadang2 die dapat dari Kelab Peminat BolaSepak Perak..korang tahu walopon aku bole je cari sendiri,namun die tak pernah lupa pon amekkan untuk aku…
Bila aku dah pergi belajar nun di selatan tanah air, die tetap gak g stadium gn geng2 OKU die…perak menang besor ke,menang kecik ke,seri ke,kalah kecik ke(kalah besor tak pernah) die tetap akan hadir..aku mmg respek kat die.Cuma dengan keadaan die mcm 2 dan kewangan yang xbrape nak ade,die jarang la dapat g game away..bila aku dah kerja and balik ke KG sebulan sekali,kalo jumpa die xde lain cite pase perak perak perak…itulah topic kami setiap kali berjumpa..
Sekarang bila wujudnya SSU and curva, die tau aku akan ade kt curva..walopon die tak join kt curva namun die banyak kali ckp kt aku (org yg rapat gn die je phm komunikasi die) yang curva kita sg meriah and die ckp apa yang kita wat mmg banyak membantu menaikkan semangat pemain.
Akhir kata dari aku,Banggalah korang dengan tanah kelahiran korang..datang lah stadium 2 xkre ape pon prestasi Perak…Kalo Kelantan Nobatkan Najib Penyokong No 1 dorg, aku rase kat perak kita semua adalah Penyokong No 1..Pak cik aku yang OKU pon JARANG SKALI miss game kat stadium perak( 5 tahun ni aku rase die tak pernah miss home game)…aku yang konon2 taksub ni pon selalu miss… Dan die lah yang banyak mengenalkan aku pada bola sepak perak!!! TERIMA KASIH AYAH CHIK!!!Crdt To : Faiq Ajmal
-
March22nd
Di penghujung era 70′ an, bilamana konsep ‘ultras’ mula bersepahan, imej mereka mereka yang tegar menyokong mula berubah.Gaya sokongan dan cara menaikkan semangat pasukan yang pada zaman itu sangat pasif berubah secara mendadak.
Penyokong tegar mula membezakan diri mereka dari penyokong yang lain dengan cara berdiri sepanjang perlawanan berlangsung selama 90minit dan melaungkan kata semangat, bertepuk secara serentak diiringi pukulan pukulan drum.
Firenze 1975
Pisa ‘88/’89
Penggunaan bendera atau panji dan kain rentang memenuhi ruang sebagai cara menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan. Mereka juga mampu bertindak agresif apabila berhadapan dengan ‘ultras’ dari pasukan lawan.
Firenze ‘76/’77
Secara visualnya, kawasan yang dipenuhi oleh ‘ultras’ mula berubah sebagai sebuah canvas buat mereka memaparkan segala jenis koreografi. Pada ketika itu, kebanyakan koreografi mereka diinspirasi dari tradisi tradisi mengikut kawasan pasukan mereka. Seperti Contoh, penduduk Naples pada zaman itu sangat terkenal dengan sambutan musim sejuk mereka dengan membakar mercun dan bunga api. Secara tak langsung tradisi atau budaya bermain bunga api dan mercun ini mereka bawa ke stadium sebagai simbolik peniup semangat buat pemain pemain mereka.
Atalanta ‘79
Salah satu lagi cara mereka menaikkan semangat pasukan dan diwaktu yang sama dapat menakutkan pihak lawan yang datang ke stadium mereka pada ketika itu adalah dengan menunjukkan gambar atau simbol tentang kematian, malah ada yang lebih ekstrem sehingga membawa keranda yang dibaluti oleh bendera pasukan lawan.
Sampdoria ‘79
Pada era itu juga, huruf huruf besar yang diperbuat daripada kayu yang diwarna digunakan untuk menyampaikan mesej, bukan hanya untuk menaikkan semangat pemain sendiri malah ada juga kata kata provokasi utk ‘ultras’ pasukan lawan.
Lazio ‘78/’79
Dan kemudiannya di hujung era 70′an, pergerakan ultras mula menggunakan scarf atau mafla yang diinspirasi dari budaya penyokong penyokong England pada ketika itu. Dan elemen scarf atau mafla ini mula menjadi salah satu koreograf paling penting dan tanpa sedar ia mula dianggap sebagai character seseorang ‘ultras’ itu sendiri.
Bologna at Cesena ‘84-’85
Selepas kejadian keganasan antara ultras yang mengakibatkan kematian seorang penyokong Lazio pada lewat 70′an, Polis mula mengetatkan kawalan untuk memasuki stadium. Objek objek yang biasa digunakan seperti kayu, mercun dan lain lain mula diharamkan. Walau masih ada barang terlarang yang terlepas, namun sedikit sebanyak mereka terpaksa mula mengubah atau membuat sedikit inovasi dari segi menambah baik koreografi mereka.
Sejak dari itu sehinggalah ke pertengahan 80′an, fenomena ‘ultras’ mula sampai ke divisyen divisyen rendah. Dari liga tertinggi mereka Serie A hinggalah ke Serie C/2 pasti ada satu atau mungkin lebih kumpulan kumpulan ultras utk setiap pasukan. Permusuhan antara kumpulan kumpulan ini menjadi sangat kompetitif dan dipertunjukkan melalui persembahan koreografi si curva atau kawasan yang mereka jajahi di stadium. Keaslian sesuatu koreograf dari segi idea dan persediaan dalam menyediakan koreograf itu agar lain dari yang lain menjadi aset penting untuk mereka berbangga.
Dan sudah pastilah koreograf atau TIFO terhebat bakal dipersembahkan ketika bertemu pasukan musuh tradisi.
Lazio in ‘84/’85 derby
Sebagai seorang ‘ultras’ lebih lebih lagi bila ada perlawan penting antara musuh tradisi pasukan, akan lebih menumpukan perhatiannya kepada koreograf atau TIFO berbanding perlawanan itu sendiri. Dan pastinya segala persediaan akan memakan masa dan memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu mereka mula mengeluarkan produk produk yang mempunyai tanda atau logo kumpulan juga pasukan yang disokong dan mula dijual untuk mendapatkan dana bagi membiayai belanja bagi mendapatkan bahan koreograf seperti kadbod, kain rentang, belon, kertas dan sebagainya.
Idea idea baru mula bercambah dalam koreograf. Belon berwarna mula digunakan. Bergulung gulung kertas warna juga dijadikan bahan. Gulungan besar dinaikkan dari bahagian bawah hingga ke atas manakala gulungan gulungan kecil seperti resit dan riben dicampak dan dibaling ke dalam padang.
TORINO-Fiorentina ‘81/’82
BARI-Lecce ‘84/’85
Cesena-ROMA’89/’90
Di awal era 80′an, penggunaan bendera bendera gergasi mula dicetuskan. Ultras Sampdoria dan Torino merupakan ultras terawal yang menggunakan idea menutup curva mereka dengan bendera gergasi.
SAMPDORIA-Roma ‘83/’84
TORINO-Genoa ‘83/’84
Dan sejak itu, hampir kesemua curva atau kawasan jajahan ultras di Italy mula menggunakan kaedah yang sama.
TARANTO-Siena ‘85/’86
PISA-Bologna ‘89/’90
Masuk ke era 90′an, bendera gergasi ini mula menjadi ‘masterpiece’ utama setiap kumpulan ultras. Logo atau maskot atau gambar mula memenuhi setiap inci ruang curva dan kawasan yang dipegang oleh ultras.
Ravenna ‘98
Antara koreograf atau TIFO yang dianggap hebat dalam sejarah adalah salah satunya pada tahun 1992/93 Genoa – Sampdoria ;
2 kain besar (satu biru, satu merah) digunakan sebagai ‘drop curtain’ diangkat bagi menutupi keseluruhan blok stadium. Kemudiannya dimulai dengan papan tanda jalanraya yang menunjukkan ada kerja sedang dijalankan. Diikuti dengan kain rentang yang bermesej berbunyi “Maaf atas kesulitan, kami sedang menyiapkan kerja” , “Mohon bersabar dan anda akan melihatnya” , “Segalanya hampir siap, sabar..” , “Sikit sahaja lagi, hampir siap” , “sekarang sudah tiba masanya…”.
2 kain besar diturunkan dan ditingkat 2 stadium digunakan sebagai latar belakang yang dipenuhi kotak kotak putih yang dipegang. Manakala di tingkat pertama mengibarkan kain rentang berwarna merah dan biru melambangkan air laut yang bergelora. Di kawasan sebelah kanan pula dinaikkan banner menara, simbol pelabuhan Genoa.
Mesej yang ingin disampaikan adalah, “Seperti nenek moyang kami yang menguasai lautan, kami menguasai stadium ini”.
Milan-Brescia (1993/94): Sebagai sambutan kemenangan Ac Milan pada tahun itu, koreograf besar besaran telah disediakan. Sewaktu pemain melangkah masuk ke padang, satu banner besar yang dipenuhi lukisan karekter kartun pemain dan pengurus pasukan diangkat naik memenuhi ruangan di tingkat 1. Manakala di tingkat atas sekali pula, beribu ribu penyokong yang terbahagi kepada 3 sektor mengangkat kotak kotak yang berwarna bendera Itali. Dan kemudian di bahagian tengahnya dipenuhi kotak dan kertas berwarna yang dikoreograf menjadi tulisan “Champions”.
Semakin hari semakin bersepah dan berleluasa pengaruh Ultras dan TIFO nya memenuhi segenap penjuru stadium di Italy.
Dan yang pastinya, setiap tahun pasti akan ada peningkatan dari segi kreativit persembahan, bangun dan bangkit seiringan dengan pasukan seperti yang terbukti dalam gambar dibawah. Koreograf oleh Ultras Salerno waktu di Serie B dan tahun berikutnya apabila berjaya mendaki ke Serie A.
Berikut pula adalah Koreograf oleh Ultras Bologna ketika meraikan sambutan 90 tahun kelab bolasepak mereka.
Sejak kebangkitan fenomena ini di Italy, koreograf atau TIFO berwarna warni menjadi salah satu senjata utama ultras dan budaya ini perlahan lahan menyusup masuk ke seluruh eropah dan kemudiannya ke serata dunia.
Dan minggu lepas, di satu ceruk dunia yang berpuluhribukilometer jauhnya dari eropah, di sebuah negara beriklim khatulistiwa, di sebuah negeri yang bergelar PERAK, terlihat segerombolan manusia yang memperjuangkan perkara yang sama..meluah rasa cinta mereka terhadap pasukan bolasepak, milik tanah yang mereka jejak!
IPOH, Perak vs Kelantan – Mac, 2012
notakaki: Sila lawati page Silvermania Merchandise di Facebook dan Support Merchandise kita, untung hasil jualan bukan milik individu tapi untuk menggarangkan lagi CURVA kita…terima kasih.
-
March14th
Perak vs Kelantan. ALTOGETHER!
Posted in: Gallery, Perlawanan






































